Thursday 25 August 2011

Ingin menjadi lebih cantik dan menarik












1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.


2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.


3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon iman.


4. Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


5. Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.


6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.


7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."


8. Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."



..................................



Who says you're not perfect..
Who says you're not worth it
Who says you are not beautiful, who says?

You got every right to a beautiful life...





p/s:  ambil dari simpanan artikel saya masa 1st degree. ;) 

Dah 25 Ramadhan, 1432H hari ini. Come on.



Sunday 21 August 2011

Masakan hari nie... *Tetiba



Tetiba pulak nak buat entri macam ni kan.


ops. Bukan yang ni.
Ini cornflakes madu yang belum dibakar lagi. Hee...







Creamy butter prawn. 
Tak berapa nak creamy sebab kurang susu cair... 
Tapi mantopp.



Credit to  for the recipe. ^^



p/s: Memasak itu menyeronokkan.

Friday 19 August 2011

There are no perfect fathers




Listen...
There are no perfect fathers, but a father will always love perfectly.













Doa memohon kesejahteraan ibu bapa.. (amalan selepas solat fardhu lima waktu)



"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Al-Isra' 17: 24)

Kalau nak maksud doa yang lagi pendek,

>
>>
>>>
>>>>
>>>>>


Ya Allah, sayangilah ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku ketika kecil.






Video ini sugguh menyentuh hati.





Thursday 18 August 2011

Kadang - kadang terlupa.





Nak simpan kata-kata yang bermakna ni sebagai entri blog, untuk koleksi masa depan....



Kadang-kadang kita alpa mengingati Allah, lantas Allah turunkan ujian dan kesedihan supaya kita beringat (betul.)... Kalau 'buas' sangat, Allah demamkan supaya 'berehat' sebentar dari kejahatan... 

Kadang-kadang kita jarang  memberi, maka Allah 'hantar' orang kepada kita seperti peminta sedekah supaya kita peroleh pahala...

TETAPI kalau dah bagi pelbagai peluang dan hati masih tak beringat, nauzubillah, takut-takut hati telah MATI sebelum jasad terkubur...

- Fedtri Yahya, Journalist.  




Tuesday 16 August 2011

Suka Berpuasa?


Assalamualaikum,



Nak update pasal topik yang dibaca dalam buku fizik kegemaran - The Big Questions: Physics. Tapi lepas ramadhan lah, kali nie nak fokus pada yang lebih utama...

Sedang melawan rasa tak rajin. Berusaha!




Mutiara kata berkenaan dengan berpuasa, bertahajjud, dan yang sedang berkuasa.
Jom baca...






Siapa yang gemar berpuasa maka tabiat makannya akan baik. Siapa yang rutin sembahyang malam (tahajjud) maka tabiat tidurnya akan teratur. Siapa yang dermawan akan sering dipuji dan yang sedang berkuasa akan banyak didengki.



Harus tingkatkan momentum aktiviti hari ini.

Monday 15 August 2011

Jika Memohon pada Allah S.W.T.


Tips ketika berdoa atau mengadu kepada Allah s.w.t.??



Mutiara kata hari ini....



Jika engkau memohon atau mengadukan keadaanmu kepada Allah s.w.t. dalam sujud -sujudmu maka sampaikanlah dengan suara perlahan kerana sesungguhnya Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersamar. Jangan perdengarkan permintaanmu itu kepada orang lain di sampingmu. Sesungguhnya kecintaan ditandai dengan kerahsiaan sementara manusia iri lagi dengki. 


Allahu'alam.

Saturday 13 August 2011

Sabtu di rumah - 13 Ramadhan 1432





Tips untuk khatam Quran sekali sebulan:

selepas setiap solat fardhu, baca 4.5 ms.
So, 30 hari ×  5 kali solat fardhu ×  4.5 ms = 604 ms




Kalau perempuan pulak, in period mungkin biasanya 7-8 hari. Jadi,




(30-8) hari × 5 kali solat fardu = 110
604ms ÷ 110 = 5.5 ms selepas setiap solat fardhu.




Hari nie hari ke-13 berpuasa ramadhan bagi umat Islam. Adik ajak buat kuih-muih dan kek cheese blueberry,  bermula hari nie. Mm... No problem. Let's go!


Menunggu 1 jurnal untuk diterima atau ditolak. Jurnal ni adalah jurnal yang terakhir bagi projek master saya. Rasanya, dah tak dapat nak keluarkan jurnal daripada tesis master saya, sebab tesis saya simple je. Tak banyak topik dibincangkan melainkan kinetic modelling and its simulation. Dah buat model, test sikit daripada setiap sudut dan inci, bandingkan dengan realiti, bandingkan dengan model orang lain. Semoga berbaloi untuk kegunaan orang lain dan penyelidik seterusnya.


Editor Bioresource Technology, silalah terima jurnal itu............ Please, please, please.......... Huhuh.. Mungkin dalam masa seminggu atau sebulan atau lebih lama lagi baru dapat keputusan daripada pihak mereka. Sabar dulu..




p/s: Diharap dengan aktiviti dalam bulan ramadhan kali ni, disiplin diri dapat diperbaiki lagi...







Friday 12 August 2011

Winner vs Loser




Winners were once losers who were passionate, driven and relentless enough to find an alternative method or direction for a more successful and rewarding outcome. - LexiB


The Winner is always part of the answer;
The Loser is always part of the problem.


The Winner always has a program;
The Loser always has an excuse.


The Winner says, "Let me do it for you;
The Loser says;" That is not my job."

The Winner sees an answer for every problem;
The Loser sees a problem for every answer.


The Winner says," It may be difficult but it is possible";
The Loser says, "It may be possible but it is too difficult."


When a Winner makes a mistake, he says," I was wrong";
When a Loser makes a mistake, he says," It wasn't my fault."


A Winner makes commitments;
A Loser makes promises.

Winners have dreams;
Losers have schemes.

Winners say," I must do something";
Losers say, "Something must be done."


Winners are a part of the team;
Losers are apart from the team.


Winners see the gain;
Losers see the pain.

Winners see possibilities;
Losers see problems.

Winners believe in win/win;
Losers believe for them to win someone has to lose.


Winners see the potential;
Losers see the past.


Winners are like a thermostat;
Losers are like thermometers.


Winners choose what they say;
Losers say what they choose.

Winners use hard arguments but soft words;
Losers use soft arguments but hard words.


Winners stand firm on values but compromise on petty things;
Losers stand firm on petty things but compromise on values.


Winners follow the philosophy of empathy: "Don't do to others what you would not want them to do to you";
Losers follow the philosophy, "Do it to others before they do it to you."


Winners make it happen;
Losers let it happen.





p/s: jumpa poem nie dalam folder 'Chicken Soup for the Soul'.  ;)





Friday 5 August 2011

40 Nasihat daripada Saidina Ali r.a.






Nak tahu? Jom baca di ayat seterusnya.



Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.

14. Insan terbahagi kepada 3 :
      1. mereka yang mengenal Allah.
      2. mereka yang mencari kebenaran.
      3. mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.

22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah
suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.








Kita diperhatikan dari atas sana.





p/s: Hari ke-5 bulan Ramadhan.
Jom, rebut peluang dan capai target masing-masing dalam bulan ni...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...