Terima kasih banyak2 kpd orang yang banyak tolong untuk preparation interview peringkat universiti ini. Alhamdulillah, aku dapat sediakan banyak point jugaklah untuk menjawab soalan2 interview nie.. Malu jugak bila ada soalan yang tak dapat jawab, aku terpaksa jujur aje and meminta maaf.. Contohnya, macam kedudukan uni nie di dunia. Boleh pulak tak ingat time interview nie kan, padahal tu lah antara aku dok ingat. Nebes mabeles punya pasal kan. Adoiyai.. Memalukan. But it's ok, benda dah lepas, dah usaha sungguh2.. kena bertawakal je sekarang nie.
Aku dapat panggilan last minute, hari Isnin.. huhuh.. Staff HR tu kata, sepatutnya dia bagitau dua minggu lepas, tapi tertinggal pulak nama aku. Takpelah, janji ada sehari dua untuk persediaan dan ada peluang dipanggil interview. Aku just prepare bersungguh-sungguh dengan masa yang ada. Terus tak jadi pergi Bagan Pasir dengan family aku, kitorang dr Ulu Klang pergi Seremban untuk sediakan dokumen2 yang diperlukan untuk dibawa ke tempat interview.
Ulu Klang nie rumah parents, tapi aku & Yusuf dok sini selepas melawat Cik Tibal, mak sedara belah husband aku.. Dia kena kanser darah, white blood cells dah jadi 80%. Sel darah merah pulak sikit sangat. Aku rase tu leukemia. Doktor kata, harapan tipis nak sembuh, kalau buat chemotherapy pun, tak larat Cik Tibal nak tahan sakit atas sebab faktor umur dengan daya tahan badan.. Haih.. Doktor bagi ubat antibiotik & ubat tahan sakit. Aku tak nampak kesan penyakit kanser ni pada luaran badan, tapi dalam badan hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui apa yang terjadi. Cara alternatif, kawal pertumbuhan sel kanser melalui diet pemakanan tertentu yang sangat strict. Reverse cancer? Tak sanggup aku tengok kesihatan seseorang itu makin lama makin merosot, tapi orang yang sakit tu lagilah seksa.
Husband aku pula, outstation ke Sarawak semalam. Jadi, x bagi aku tinggal berdua je dengan Yusuf yang baru umur setahun... takut apa2 terjadi waktu malam kot. Walaupun rumah adik2nya sederet & belakang rumah je. Hihihi... Maka, drop lah kitorg ke UK nie on d way ke Seremban. Lagipun, boleh tengok2 kan newborn baby adik pompuan. :)
Sebenarnya, sementara aku takde kerja nie, aku plan nak buat business online sempena raya bulan 6 nie. Cadangannya sama ada jual homemade baju kurung baby atau makanan kering untuk juadah raya. Haha.. Tak pon jadi agent jual tudung. Beria gak lah email admin company tudung tu tanya cara nak jadi agent. Kena fikir balik plan nak income sampingan nie sementara tunggu result interview. Mungkin akan buat, tapi untuk jangka masa pendek je...
Plan untuk research & teaching pon dah ada kalau aku berjaya dapatkan lecturer position nie. So, rancang betul2 dan buatlah apa yang terbaik...
Pengalaman Master dan PhD, penuh liku dan cabaran. Suka duka, frust, tertekan, sakit kepala selalu, gembira, bahagia. Tahun lepas, dapat anak & lulus PhD pada tahun yang sama tu anugerah tak ternilai yang aku sangat3 bersyukur. Alhamdulillah.. Semua tu sebenarnya untuk melatih diri supaya jadi seorang yang cekal, berfikir secara analitikal, belajar cara kawal tekanan kerja, cara solve problem apabila macam2 masalah timbul. Pengajaran, work hard but smart... huhuh..Yang penting, jangan putus asa. Support yang kuat daripada husband & family, family in law adalah penting. Kena ada juga graduate student support group supaya elakkan sakit mental kritikal disebabkan tekanan ketika buat research nie... Hehe.. Jangan lupa untuk terus menerus berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan urusan dan sebagainya.