Showing posts with label Hannah. Show all posts
Showing posts with label Hannah. Show all posts

Tuesday, 27 September 2011

Pemangkin Takut Air





Saya nak cari pemangkin yang takut air nak buat tindak balas kimia. Nama bahasa inggerisnya, hydrophobic catalyst. Tak tau nak pilih mana satu pemangkin yang sesuai.







Saya takut air... Wuwuwuu

Adakah orang ini?









Atau ikan (member dia) ini?











Bunga teratai?










atau kambing?





Argh.... Confuse....






Sunday, 25 September 2011

Aktiviti hari Ahad?



Teringin nak berbasikal semula....


Assalamualaikum..


Sebenarnya baru hari ni (selasa, pagi) taip entri ni. Hari ahad, belajar masak:


  • sup bebola ikan tenggiri yang kaya dengan kentang (sebab ayah suka kentang). Bebola homemade, warna hijau oleh daun sup. Sepatutnya guna tepung ubi tapi xde, jadi ganti dengan tepung gandum dan tepung jagung. :p

  • ikan bawal tiga rasa. Nenas takde, ganti dengan mempelam muda...


Tak seperti gambar di atas, pagi ahad di rumah, hujan... 




p/s: beriadah sambil hirup udara di awal pagi sangat menyegarkan!





Tuesday, 20 September 2011

Hujan di tengah pagi.





Alhamdulillah, semalam dapat tidur awal. Jarang lelap seawal pukul 9 malam.
Rasa segar bila bangun semula daripada tidur.



Sekarang pukul 4.35 pagi. Hujan lebat...
Saya suka dengar bunyi hujan.. Sangat menenangkan.
...suka suasana hujan tu sendiri. :)









I don't know why
I feel good
It's automatic...







Saturday, 17 September 2011

Sabtu Malaysia?

Sabtu di rumah.


Baru lepas membaca entri tentang Nasi Lemak 2.0 daripada seorang kawan (berbangsa baba/cina & beragama kristian). Antara pendapatnya adalah tentang racism, azan, pengalaman bermalam di rumah kawan kitorang (melayu) dan patriotism yang ada dalam dirinya.



Saya menghormati pendapat dan cara penulisannya yang teliti. He's so precious. Saya berdoa agar dia mendapat cahaya petujuk dan hidayah dari Tuhan yang Maha Esa kerana hanya Dia lah yang Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa.



Hmm.. Kita sebagai manusia tak sepatutnya mengkritik kaum lain, tetapi:

  • berkongsi nilai-nilai murni yang ada dalam setiap kaum (yang baik dijadikan tauladan.... dan yang buruk dijadikan sempadan :) ) 
  • menghormati antara satu sama lain. 


Saya tak setuju jika keunikan atau identiti sesuatu kaum dihapuskan terus. I believe that everybody is unique.
Tuhan menjadikan manusia pelbagai bangsa agar berkenalan antara satu sama lain.


Laungan Azan.

Pendapat peribadi:   Bagi orang yang tak memahami maksud kata-kata azan, apa yang didengari hanyalah suara lunak/sumbang, bising atau mengganggu konsentrasi aktiviti je....
Tetapi bagi yang betul-betul mengetahui dan menghayati maksud azan, pasti ada getaran dan ketenangan yang dirasai dalam hati. Mungkin itulah hidayah....

Dalam Islam, melaungkan azan adalah sunat muakad (iaitu sunat yang sangat digalakkan) untuk semua solat fardhu.


Itu sahaja coretan dalam entri ini.


******


Nak kongsi video Made by Malaysians oleh Matluthfi. ;)





Wednesday, 7 September 2011

Wah.. Penat. Apa kata-kata semangat?





Eh, comel kan budak pompuan atas nie terbaring kepenatan? ;)


Penat. 





Oh, ya.. Sebelum terlupa...
Nak kongsi sesuatu yang menarik untuk dijadikan kata-kata semangat bermula pada waktu pagi. 











Morning Motivation





When I woke up this morning lying in bed, 

I  was  asking  myself, 

What are some of the secrets of success in life? 

I found the answer right there, in my very room. 















AND NOT TO FORGET,
THE CARPET SAID...
KNEEL DOWN
 AND PRAY. 







Carry a
 Heart that Never Hates.

















Carry a smile that never fades.   
Carry a tongue that never hurts.  
Carry a touch that never hurts. 





















Back to School?









'Err... Back to the Future?'


Merepek di waktu pagi.



Check email. Eh, eh. Supervisor email motivasi pada waktu pagilah.
Jarang dapat nie.
Alhamdulillah...



Bukak email tu, baca-baca. Oh, sedihnya. Hidup saya tak sebaik ini.


I'm starting from zero now.
Tak mengapa. Jangan pernah berputus asa dengan hidup. Tak mau sedih-sedih.
Mulakan hari ini dengan senyuman.
Jia you!!! (suka perkataan ni.. ;))


Aktitivi sekarang: sedang tunggu download file tesis seseorang untuk complete. Kakak nie mintak tolong betulkan format tesisnya. Yang lain ok saja, cuma part references yang rumit sikit sebab tak tau tu jurnal ke dari buku ke, atau konferens?



..........................................




Esok atau lusa mungkin mendaftar kembali di Sekolah Pengajian Siswazah sebagai pelajar PhD. Tapi kena tunggu surat senat master keluar iaitu ESOK. Harap-harap esok dapat pagi-pagi lagi. Aminnnnn....


Saya memilih untuk belajar di universiti tempatan dan universiti yang sama. Sebab:


  • Antara universiti yang ada sumber penyelidikan terbaik di Malaysia. Sila jelajah perpustakaan (terutama di bahagian koleksi tesis/jurnal di uiversiti-universiti awam untuk penjelasan lebih lanjut).

  • Sambung penyelidikan sebelum ni. Ohh... Minat? Mm.. Fikir ni. Ilmu kat dunia ni tak semua orang dapat (apatah lagi ilmu tentang akhirat) hargainya. Jadi, saya nak hargai peluang yang ada ni, agar bermanfaat untuk orang lain dan diri sendiri. 

  • Penyelia projek. Tak serik-serik? Tidak. Malah saya bersyukur pada Tuhan sebab berpeluang lagi sambung belajar bawah penyeliaan beliau.


 Di universiti mana? Susah pastilah di UPM...




Click to join UPM bloggers community..





Saturday, 13 August 2011

Sabtu di rumah - 13 Ramadhan 1432





Tips untuk khatam Quran sekali sebulan:

selepas setiap solat fardhu, baca 4.5 ms.
So, 30 hari ×  5 kali solat fardhu ×  4.5 ms = 604 ms




Kalau perempuan pulak, in period mungkin biasanya 7-8 hari. Jadi,




(30-8) hari × 5 kali solat fardu = 110
604ms ÷ 110 = 5.5 ms selepas setiap solat fardhu.




Hari nie hari ke-13 berpuasa ramadhan bagi umat Islam. Adik ajak buat kuih-muih dan kek cheese blueberry,  bermula hari nie. Mm... No problem. Let's go!


Menunggu 1 jurnal untuk diterima atau ditolak. Jurnal ni adalah jurnal yang terakhir bagi projek master saya. Rasanya, dah tak dapat nak keluarkan jurnal daripada tesis master saya, sebab tesis saya simple je. Tak banyak topik dibincangkan melainkan kinetic modelling and its simulation. Dah buat model, test sikit daripada setiap sudut dan inci, bandingkan dengan realiti, bandingkan dengan model orang lain. Semoga berbaloi untuk kegunaan orang lain dan penyelidik seterusnya.


Editor Bioresource Technology, silalah terima jurnal itu............ Please, please, please.......... Huhuh.. Mungkin dalam masa seminggu atau sebulan atau lebih lama lagi baru dapat keputusan daripada pihak mereka. Sabar dulu..




p/s: Diharap dengan aktiviti dalam bulan ramadhan kali ni, disiplin diri dapat diperbaiki lagi...







Saturday, 30 July 2011

Tak boleh tido.

Hmm...
Dok risau pasal program software matlab yang baru berapa kerat taip, ade lagi seblas program nak disiapkan.

Due date: Hujung minggu nie.



Apa yang dibuat kat depan komputer tiap-tiap hari sepanjang minggu nie?



1. log in FaceBook.
   Lebih kerap daripada check e-mail.


2. Check e-mail. E-mail yahoo 1, E-mail yahoo 2.  E-mail gmail.
    Banyaknye e-mail, pastu nak terlupa password sendiri.
    Rasa macam menyesal buat e-mail banyak-banyak masa zaman sekolah dulu.


3. Baca blog orang lain.
    Citer lawak, gambar-gambar pemandangan, citer keluhan. Citer perli.? Mmm...  Layan Zaaasss.


4. Baca artikel yang best.
    Yang nie memang rare, dari sudut positif la...  



5. Tengok movie dapat dari kawan sambil makan-makan. 
    Habis masa 2 setengah jam.


6. Tengok video kelakar kat youtube.
    Upload lah lagi video kelakar.... upload lah lagi...


7. Baca status update orang lain kat FaceBook.
   Status:
              A        aq tgh sakit perut...
              B        nak wat ape ek ptg nie~~~
              C       jom menabung dari sekarang, leh beli cincin berharga 24 juta!
                        .............-_-"
              D       menuju cintaNya...~ (status budak tudung labuh)
              E       I'm at restoran kentaki.
              F       *Letak kata-kata pujangga di sini.


Ya ALLAH. Serius sedang membuang masa secara sistematik nie.

8. Taip dua tiga patah perkataan atau salin nombor-nombor dalam MATLAB.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Teruskan usaha.

Supervisor pasti akan patah hati.

Hihi...






Tuesday, 19 July 2011

Hanya monolog.

Salam,


Baru lepas pergi ke PRPI 2011. Secara jujurnya, tempat ini bukan favourite saya untuk bertandang lama2... Tapi saya belajar sesuatu yang yang sangat berharga. Macam mana supervisor saya present poster-posternya... dan macam mana beliau yakinkan para hakim yang mendengar. Ohh.. Sangat bagus dan meyakinkan. Tak hairanlah setiap kali PRPI, beliau tak pernah gagal daripada mendapat apa-apa pingat. Alhamdulillah, ada peluang lagi nak belajar daripadanya. :))





Mini PRPI pun ada, dari sekolah menengah sains, sek. men. teknik, sek. men. vokasional. Antara ciptaan yang menarik daripada diorang - menapis air berminyak menggunakan rambut manusia dan hampas kelapa. Pelikkk... tapi hasilnya -> mengkagumkan!


Esok dan lusa harus pergi lagi. Banyak ciptaan menarik di situ..




Monday, 20 June 2011

Stay up for training.... MASUM 2011

Salam,


Sekejap sahaja, cuma satu jam untuk training tengah malam ini.

1. Fokus, fokus, fokus...
2. Bertenang,
3. banyak-banyakkan mengaji agar tajam akal fikiran...
4. Stamina yang baik.


Empat elemen penting untuk bantu pasukan menang.





Berusaha!




Tuesday, 14 June 2011

Pentingkah REVISION?




Assalamualaikum,



An inspiration from this workshop.

Bengkel Penulisan oleh Prof. Bassim.

Komen dari Hannah: Berbaloi-baloi.... Dia ajar dari A sampai Z.  Dari tak reti langsung buat report terus ada idea macam mana nak tulis dengan lebih baik...  Plus, religiously, I believe he always remember Allah, by listening to his speeches. 


Ok.. BRAIN TEASER.
Berapa banyak huruf 'f' daripada ayat di bawah ini??

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Finished files are the result of years of scientific study combined with the experience of years.

Baca dan kira huruf f dalam tempoh 10 saat SAHAJA. 





Apa? 3? Cuba lagi....Hehe...

Jawapan: 6 huruf f. 








Try yang nie pula. Cari huruf v:


wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwvwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww


Dapat tak? Sila semak sekali lagi...







Kesimpulan..

Amatlah penting untuk membuat semakan atau ulangkaji dalam pelajaran, laporan, kertas kerja dan sebagainya. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Selalunya, kita tak perasan akan kesilapan  tanpa menyemak semula perkara yang telah kita lakukan. Kadang-kadang, sekali semakan pun tak cukup.... 





p/s: Alhamdulillah, dah siap report..... Sedang membuat semakan kali ke-3. Saya akan puas hati selepas semakan kali ke-5. InsyaAllah, tiada kesilapan dibuat, harap dapat membantu pelajar/penyelidik yang akan membuat kajian seterusnya dalam bidang ini.



Saturday, 11 June 2011

Daya tarikan yang susah nak stop

Hmmm... rasa nak berlari-lari sepanjang pokok bersalju ini.




Tak boleh, tak boleh... Hentikan imaginasi nak bercuti tu. Stop! Lagi sikit je lagi nak siap report. Jangan putus asa di saat akhir... Sayang saje. Bila dah habis report. Berbolog lah sepuas hati....


Teruskan usaha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...