Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Sunday, 19 June 2011

AYAH, JASAMU ABADI DI HATI INI

Salam,


Saya curi masa untuk update blog saya... Bagus segmen ini, sebab dapat juga muhasabah diri, bagaimanakah  kita melayan ayah selama ini setelah banyak jasa telah diberikan olehnya?

Saya sertai lagi segmen dari website Ben Ashaari sempena hari Bapa 2011.. Klik <sini> untuk info selanjutnya. Sebagai syarat, letak header BenAshaari.com:







Ayah saya dah banyak didik saya dari segi agama, nilai-nilai sivik, dan yang paling penting sekali macam mana nak survive kat dunia yang caca merba nie. Saya ingat lagi masa kecil, sekolah rendah... Masa tu saya darjah 3. Kalau tak silap lah... Kena buat alat pukul ping pong tu. Huhu... Manalah saya reti tukul menukul.... Ayahlah yang banyak membantu, siap buat raket (sori, saya tak tau nak panggil ape... fail. :p) lain dari yang lain gitu... Cikgu puji, sebab hasilnya unik. Terima kasih, ayah...



Ada lagi satu, masa darjah empat. Kena beli sempoa. Masa tu family kitorang susah... Nak bayar yuran sekolah pun tak termampu. Jadi, ayah pun buatkan sempoa daripada barangan terpakai dan inilah hasilnya...




dah 17 tahun sempoa nie... Kreatif tak hasil ciptaan ayah saya?
Ayah kata dulu, cuma ada satu je  kat dalam Malaysia ini.



Gembira dan sedih. Gembira sebab pembelajaran mengira menggunakan sempoa berjalan dengan lancar. Sedih sebab sedar bahawa ayah sangat sayangkan saya dan sanggup mengusahakan untuk mendapatkan keperluan walaupun terpaksa bersusah-payah dan merendahkan diri. Zaman kecik-kecik dulu memang kami tergolong orang yang susah..


Ayah jugalah yang ajar kami adik-beradik mengaji dari alif, ba, ta sampai surah terakhir.. iaitu surah Al-Ikhlas. Suruh hafal ayat kursi... yang paling segar dalam ingatan, diajar hafal ayat-ayat terakhir surah Al-Baqarah sebagai doa tahlil. Ayah kata, bila dia meninggal nanti, bacalah doa nie... Jangan lupa hadiahkan mak ayah dengan doa-doa dan ayat-ayat Quran selalu. Itu pesan ayah..


Untung juga ayah seorang yang pandai bertukang dan pandai membaiki peralatan elektrik atau masalah wiring di rumah. Renovate rumah, masa saya sekolah menengah dulu pun ayah (dan pakcik) buat. Huhu... Memasak? Ayah pun suka memasak... Resepinya unik berdasarkan apa je yang ada kat rumah (f.y.i.: mak suka masak pedas2, ayah suka masakan manis2). Jadi, alhamdulillah, dua jenis resipi dapat saya belajar sepanjang hidup ini. 


Akhlak, ibadah, ilmu hayat, fizik dan mana-mana ilmu yang ayah saya masih ingat, dia pasti sampaikan pada kami adik-beradik... Jasa-jasa yang saya bagitau kat sini mungkin dipandang biasa, tapi apabila jasa-jasa ayah ini diberikan kepada anak-anaknya dengan kerap sekali, ini adalah jasa terbesar dalam mencorakkan hidup saya dan adik-beradik...


Syukur pada Tuhan yang Maha Penyayang, kerana mengurniakan ayah yang baik pada kami sekeluarga.







Ayah, selamat hari ayah.... Selamat hari bapa juga buat semua yang bergelar bapa. Semoga hidup mereka diberkati Allah s.w.t.



Semoga hidup ayah sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Amin.






Wednesday, 15 June 2011

Sunah Sakura ajak Conteng Ujang???

Bukan conteng Ujang... Conteng kat header dia je. Kalau kat orangnya, keluar asap nanti... Hehe..

Segmen ternakal dari Sunah Sakura. Klik sini --->Nakal-nakal comel dari Sunah




Komen: Kreatif, praktikal (ada pen boleh menconteng, menulis secara maya), kemas walaupun simple. Good job!!


Da... Nak pergi ambil kawan.
Lunch...




Saturday, 11 June 2011

Ben Ashaari: Jom Kenal Blog Saya

Salam,

Join lagi segmen dari Ben Ashaari...untuk tambah kenalan... supaya dapat kongsi apa yang saya tulis dalam blog nie dengan orang lain.. 

Inilah Ben Ashaari. Of course lah korang semua tau... Hehe
Untuk pengetahuan semua, blog nie baru je lagi... start dalam hujung bulan Mei. Kemungkinan besar saya akan buat koleksi di sini pasal progress hidup, ilmu sains sana sini situ... 

Perkara lain juga akan diselitkan dalam blog nie. Sekarang masih student dalam penyelidikan dan agak bz sikit (perasan bz?) dalam proposal... What am I. A scientist? or a researcher? Masih keliru dengan istilah nie. Hehe..

Azam saya: 
Semoga apa yang saya tulis dalam blog nie ada manfaatnya untuk sesiapa sahaja yang membaca. 


Selamat berkenalan! :)



Thursday, 9 June 2011

PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI

Salam,

Ben Ashaari - Blogger Celebrity-

Abg Ben Ashaari ('Abang'? Eiihh... Bukan abang kandung, abang angkut, dan sebagainya... sebagai tanda menghormati k. .. dan confirm saya lebih muda dari dia. Hehe..) ada buat segmen tentang PUJI DAN KRITIKLAH ENTRIKU INI. Tak lebih daripada 100 patah perkataan? Ok, Bermula dari sekarang!

Jammed up.


Optimis vs Pesimis. Pilihan di tangan anda.

Pesimis (berfikiran negatif), ketika stuck dalam kesesakan lalulintas: 
"Whaaaaaaaaaat?? Jalan jem pulak dah.. Habis lah lewat pergi kerja, tak sukanya terperangkap dalam jem..." *marah ^&%@&%, *aura negatif tersebar seluruh badan, *rosak mood...

Jika anda memilih untuk jadi optimis (berfikiran positif):

"Ok... jalan jem. Nak potong line? Hahaha.. Tak boleh, salah tu. Ikut je peraturan walaupun nampak orang lain guna cara kotor... Bersabar, pasti ada jalan keluar. Ada orang lagi besar masalahnya." *aura positif tersebar seluruh badan, *semangat bertambah.

Jadi, jangan mudah berfikiran negatif ketika melayari dunia blog. Jadikan masalah yang dihadapi tu sebagai batu loncatan dalam arena penulisan blog...



-tamat-

cenderahati daripada Hannah: Never Give Up!


p/s:
Optimis: harapan dan keyakinan yang tinggi tentang masa depan atau kejayaan dalam sesuatu perkara.

Pesimis: kepercayaan bahawa dunia ini adalah seteruk yang dapat dibayangkan atau percaya keburukan pasti akan mengatasi kebaikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...