Showing posts with label mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label mutiara kata. Show all posts

Sunday, 22 July 2012

Petanda lelaki itu baik






Wahai wanita, ketahuilah, antara tanda lelaki baik adalah dia tidak pernah sesama sekali membicarakan SOAL SEKS atau yang boleh MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui SMS, telefon atau berdepan, selagimana dia belum BERNIKAH denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau MEMINTANYA SEBELUM NIKAH adalah LELAKI JAHAT dan TIDAK LAYAK DIJADIKAN SUAMI atau itulah bakal menjadi SUAMI yang akan berzina (setelah kahwin) kecuali apabila mereka telah BERTAUBAT NASUHA. Apa yang menghalangnya meminta kepada wanita lain selepas kahwin? Jika sebelum berkahwin denganmu juga sudah diminta!




Sumber: zaharuddin.net





Saturday, 15 October 2011

A lifetime class?









'ISLAM' is a 'School'
'DUNIA' is a 'Class'
'WE' are 'Student'
'QURAN' is 'Syllabus'
'SOLAT' is 'Practical'
'MUHAMMAD' (s.a.w) is 'teacher'
'ALLAH' is 'Examiner'
'Qiamat' is date of 'Result'
'Jannah' is the best 'reward'.




Copied from facebook iluvislam.com. 



p/s: berlatih senyumm banyak2 depan cermin... untuk hari esok. :))






Tuesday, 4 October 2011

Orang Tersayang...





Entri di malam hari.
Suka tengok bulan pada waktu malam.... 




Siapakah orang yang Allah cintai?



  • Orang yang bertaqwa. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa." (Surah al-Taubah, 9: 4)

  • Orang yang cepat-cepat bertaubat. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah, 2: 222)

  • Orang yang adil. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, 60: 8)

  • Orang yang bertawakal.  
Allah berfirman yang bermaksud:" Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali 'Imran, 3: 159)

  • Orang yang berbuat kebaikan.  
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah, 2: 195)

  • Orang yang berjuang pada jalan Allah. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61: 4)






Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. 
(Surah Ali - 'Imran, 3: 31) 






Sumber: Solusi Isu #23




p.s: TV Al-Hijrah ada diselitkan (macam iklan) dengan pengetahuan sunnah Rasulullah s.a.w... Sebenarnya, banyak yang kita tak tau rupa-rupanya itulah sunnah Nabi s.a.w.. 








Thursday, 25 August 2011

Ingin menjadi lebih cantik dan menarik












1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.


2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.


3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon iman.


4. Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


5. Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.


6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.


7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."


8. Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."



..................................



Who says you're not perfect..
Who says you're not worth it
Who says you are not beautiful, who says?

You got every right to a beautiful life...





p/s:  ambil dari simpanan artikel saya masa 1st degree. ;) 

Dah 25 Ramadhan, 1432H hari ini. Come on.



Tuesday, 16 August 2011

Suka Berpuasa?


Assalamualaikum,



Nak update pasal topik yang dibaca dalam buku fizik kegemaran - The Big Questions: Physics. Tapi lepas ramadhan lah, kali nie nak fokus pada yang lebih utama...

Sedang melawan rasa tak rajin. Berusaha!




Mutiara kata berkenaan dengan berpuasa, bertahajjud, dan yang sedang berkuasa.
Jom baca...






Siapa yang gemar berpuasa maka tabiat makannya akan baik. Siapa yang rutin sembahyang malam (tahajjud) maka tabiat tidurnya akan teratur. Siapa yang dermawan akan sering dipuji dan yang sedang berkuasa akan banyak didengki.



Harus tingkatkan momentum aktiviti hari ini.

Monday, 15 August 2011

Jika Memohon pada Allah S.W.T.


Tips ketika berdoa atau mengadu kepada Allah s.w.t.??



Mutiara kata hari ini....



Jika engkau memohon atau mengadukan keadaanmu kepada Allah s.w.t. dalam sujud -sujudmu maka sampaikanlah dengan suara perlahan kerana sesungguhnya Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersamar. Jangan perdengarkan permintaanmu itu kepada orang lain di sampingmu. Sesungguhnya kecintaan ditandai dengan kerahsiaan sementara manusia iri lagi dengki. 


Allahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...