Showing posts with label Time. Show all posts
Showing posts with label Time. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

Can We Travel Through Time? IV.





The Big Questions: Physics.
Question: Can We Travel Through Time? 
Catatan lepas - I, II, III.........



Ada satu idea yang lebih menarik tentang pengembaraan melalui masa -  'wormhole time machine' dicadangkan dan digambarkan oleh Kip Thorne, ahli astrofizik dari Amerika.





Ke dalam Lubang Cacing



Lubang cacing atau wormhole... Bagi yang minat cerita fiksyen sains, pasti pernah dengar tentang wormhole. Ironiknya, idea tentang kaedah pengembaraan masa melalui lubang cacing alam semesta sememangnya hasil daripada inspirasi cerita fiksyen sains, walaupun para penyelidik telah membuat kajian tak terkira jam lamanya.





Just a postulation... a time travel through a wormhole. 






Apabila ahli kosmologi bernama Carl Sagan menulis novel Contact, dia ingin mencari cara munasabah untuk menghantar heroinnya ke Vega, satu bintang sejauh 26 tahun cahaya. Sagan pun tanya pendapat Thorne, dan Thorne mencari penyelesaiannya. Dia telah menjumpai penyelesaian tersebut dalam satu artikel yang telah ditulis oleh Einstein dan Nathan Rosen pada 1935. 







A'ah... Nie memang artikel daripada Einstein dan pelajar-pelajar beliau pada 1935.
Tapi takde kaitan dengan wormhole. Hihi....




Mereka telah menyelesaikan masalah tentang lubang hitam, iaitu saki-baki bintang-bintang yang telah runtuh di bawah graviti masing-masing. Pada teras lubang hitam tersebut, terdapat suatu ketunggalan (baca: ketumpatan infiniti), suatu gangguan dalam waktu dan angkasa lepas. Einstein dan Rosen telah berimaginasi tentang teras tengah lubang hitam yang bersambung dengan bahagian ruang angkasa-masa yang lain. Situasi ini dinamakan jambatan Einstein-Rosen. Tidak lama kemudian, Thorne telah menyedari bahawa mungkin inilah jawapan yang Sagan perlukan.






Abstrak artikel tentang jambatan Einstein-Rosen.... 


Andaikan... anda merupakan seorang jurutera keretapi yang sedang mencuba untuk meletakkan landasan ke sisi bukit yang bertentangan. Anda boleh meletakkannya berterusan ke atas bukit dan turun sampai ke tempat tersebut. Tapi, kalau ada terowong melalui bukit itu, laluan akan menjadi lebih mudah dan lebih cepat.


 Ini adalah kerana masa dan ruang angkasa sangat berkait rapat dalam relativiti (ahli-ahli fizik meletakkan masa dan ruang bersama-sama dan memperkatakan fabrik alam semesta sebagai 'waktu angkasa lepas'), anda mungkin boleh melakukannya kepada masa sepertimana jurutera-jurutera keretapi telah buat untuk ruang: anda mungkin mampu untuk membina satu jalan pintas. 






p/s: semakin medalami ilmu, semakin sedar bahawa makhluk tiada kuasa, Tuhan Maha Kuasa....





Sunday, 18 September 2011

Can We Travel Through Time? (III - Return to the Past)






Gelung dalam dimensi masa.








Sambungan dari Can We Travel Through Time? (II) daripada buku - The Big Questions: Physics








Kembali ke Masa Lalu





"It's possible in these worlds to travel into any region of the past, present and future, and back again, exactly it is possible in other worlds to travel to distant parts of space."
Kurt  Gödel, 1949













Gelung dalam masa tidak wujud secara semulajadi kerana pergerakan pelbagai galaksi yang menunjukkan bahawa alam semesta ini tidak berputar/berpusing. Kalau nak cipta mesin masa yang berguna, gelung dalam masa perlulah dibina terlebih dahulu (macam ilustrasi kat atas sekali dalam entri ini).


Ada idea?



Ya. Ada beberapa idea telah diilhamkan dan ada yang diusahakan untuk menyempurnakan penciptaan gegelung tu. Usaha pertama telah dilakukan dalam tahun 1976, apabila Frank Tipler dari Tulane University di New Orleands, Lousiana menghasilkan cetakan biru untuk sebuah mesin masa. Tipler menunjukkan bahawa silinder yang terlampau besar, berputar dengan laju dan mempunyai kepanjangan infiniti mampu membengkokkan fabrik alam semesta untuk membentuk  satu gelung dalam dimensi masa.



H.G. Wells pernah mengatakan dalam novel The Time Machine:





"If you can handle ideas such as infinitely long rotating cylinders the size of galaxies,wormholes held open with exotic forms of negative energy, and having to choose between never having been born or losing you free will, then you might just be able to handle the science of time travel."

Ok. Translate ke bahasa melayu bagi senang faham:


"Jika anda boleh menerima idea seperti silinder yang bersaiz sebesar galaksi, panjang yang tak berkesudahan, lubang-lubang antara ruang angkasa dengan tenaga negatif yang luar biasa, dan mempunyai pilihan untuk tidak dilahirkan atau hilang kebebasan memilih, maka anda mampu menerima sains pengembaraan masa."






Nanti dulu. Kita boleh baca tetapi jangan mudah percaya selagi tak jumpa kata putus. 


Jom kembali semula pada idea Tipler. Wells tak dapat bayangkan idea tersebut menjadi realiti:  

Pengembara Masa beliau membina sebuah mesin masa yang memenuhi ruang rumahnya. Macam mana pula dengan silinder mempunyai panjang infiniti, bersaiz terlampau besar, yang tak muat pun dalam mana-mana kilang? 

Terdapat pilihan lain: guna mesin masa dalam keadaan yang telah wujud secara semulajadi
Dalam tahun 1991, ahli astrofizik dari Princeton, J. Richard Gott menjelaskan bahawa alam semesta ini terdapat bahan yang mampu bertindak sebagai bahan asas untuk sebuah mesin masa. 

Bahan tersebut ialah rentetan kosmik iaitu tali yang berketumpatan super.






Simulasi rangkaian tali kosmik. Googled.




Berdasarkan beberapa teori  tentang bagaimana alam semesta itu terbentuk, rangkaian tali kosmik mungkin terjadi pada saat terawal kejadian alam, dan masih berlegar sekitar alam semesta sekarang. Ia pada dasarnya merupakan 'kecacatan' dalam ruang angkasa, sesuatu seperti tisu parut yang telah terbentuk apabila alam semesta melalui tempoh perubahan yang pantas. Tali kosmik digambarkan sesuatu yang menggerunkan; walaupun lebarnya adalah kurang daripada diameter nukleus atom, ia mampu memanjang dan melintasi alam semesta.


Ketumpatan yang ekstrim bagi setiap tali kosmik membengkokkan ruang-masa dalam cara yang membolehkan anda mencipta satu gelung dalam masa (a loop in time) dengan meletakkan fabrik ruang angkasa-masa side-by-side, kemudian digerakkan berjauhan antara satu sama lain secara pantas. Jika anda mengembara dalam gelung sekitar rentetan kosmik ini, setiap kali anda kembali semula ke tempat permulaan, anda akan dapati  diri anda berada di peristiwa yang telah anda lalui.


Gott membandingkannya pula dengan lukisan Escher. Seperti perspektif membengkok oleh Escher untuk mencipta kesan geometri yang mustahil, tali-tali kosmik membengkokkan geometri ruang angkasa-masa sekeliling tali-tali tersebut agar tidak lagi mematuhi peraturan - peraturan alam yang biasa.





Laluan pintas melalui lubang cacing. Eh, wormhole tu lubang cacing kan?



Kesan yang sama juga dapat dicapai dengan menembak partikel-partikel bertenaga super ke arah satu sama lain supaya partikel-partikel tersebut tersasar oleh jarak yang sangat kecil. Tenaga partikel-partikel itu akan membengkokkan ruang-masa sekeliling setiap partikel, dan apabila lengkungan ruang angkasa-masa bertemu, satu gelung dalam masa akan mampu terjadi. 


Tapi ini bukan satu gelung yang anda boleh masuk dan berjalan-jalan...;)





p/s: warning>>>>>ayat skema.



Wednesday, 27 July 2011

Can We Travel Through Time? (II).




I wanna use MANGLISH (Bahasa Melayu + English). >>BEWARE<<


Salam,

Selitan jap.
Baru lepas baca entri Ben Ashaari yang nie --> http://www.benashaari.com/2011/07/aku-tertipu-dek-blogger-ni.html. To be cautious, I just use Hannah as my pen name untuk kekal low profile se-possible yang boleh... Anyway, only the same 1 author (which is me) for all entries in this blog. So, no worries...^^

v
v
v
v
v
v
v
v


My fav science fiction movie. hehe...


Pernah tengok cerita ni tak? Back to the future....... Cerita ni lah yang memberi inspirasi pada saya untuk tahu secara realiti, betul ke kita semua leh travel backwards/forwards in time? I've read a section regarding this topic, in a book entitled 'The Big Questions: Physics' by Michael Brooks. Ada ayat yang menarik perhatian untuk meneruskan pembacaan pasal topik ni:


"If you can handle ideas such as infinitely long rotating cylinders the size of galaxies, wormholes held open with exotic forms of negative energy, and having to choose between never having been born or losing you free will, then you might just be able to handle the science of time travel."


The theory that made such time travel theoretically possible was published in 1916 (this book stated it was published in 1915), by Albert Einstein.
Teori ni agak glamour juga... General theory of relativity.



mmm...serius tak faham.



Teori ni adalah expansion dari teori Einstein yang dinamakan sebagai Special Theory of Relativity (yang E = mc2 tu…). Difahamkan bahawa teori ni menyatakan alam semesta sebagai fabrik 4 dimensi yang terdiri daripada 3  dimensi space, 1 lagi dimensi masa. Setiap jirim dan tenaga dalam alam semesta ni 'membengkokkan' fabrik tersebut, seterusnya mengubah bentuk jirim dan tenaga untuk mengalami daya tarikan yang kita semua panggil - graviti. Matahari pulak dicipta sebagai a kind of well dalam fabrik tu, di mana planet2 lain akan 'jatuh' ke situ, jika bukan kerana tiada lagi momentum masing2. Jadi, disebabkan daya tarikan + momentum masing2, planet2 pun secara semulajadi mengelilingi matahari.... 
(In Islam, we called this event as sunnatullah).




gambar hiasan...


Gelung dalam masa?



Let's imagine, you can rolling up a sheet of rubber so that the ends meet just like a loop and you can walk around the surface without ever reaching an endpoint. Macam tu lah juga general relativity  yang membenarkan loops in time untuk berlaku.

Ada seorang sahabat rapat dan rakan sekerja Einstein, iaitu ahli matematik dari Austria, Kurt Gödel yang telah tolong menyelesaikan equations teori tersebut dan menemui bahawa, jika alam semesta boleh rotate, masa boleh berlalu dalam gelungan. Dalam satu artikel review, dia telah menulis seperti di bawah:

" It is possible in these worlds to travel into any region of the past, present and future, and back again, exactly as it is possible in other worlds to travel to distant pasts of space."


Einstein juga terfikir dengan kebarangkalian tersebut, dan mempunyai pandangan yang sama: sesuatu mesti memberhentikan perkara-perkara tu daripada berlaku. Alam semesta memang pasti tidak boleh dibenarkan untuk sesiapa pun mengembara melalui masa. 

















Wednesday, 13 July 2011

Can We Travel Through Time?




Time Travel Cheat Sheet. Goggled.






Where relativity meets science fiction...

in 


The Big Questions: Physics


Ready to go through this interesting topic................ 

  • Loops in time

  • Return to the past

  • Into the wormhole



  • Short cut through time

  • Protecting the flow of time

  • To the future



To be continued...





Thursday, 9 June 2011

Calculation of the Day...

Imagine, your life is exactly like the programs in your laptop. 

Hannah, write in English please?
.
.
.
...
...


ok....



Have you ever catch the passing time to fill it with precious-you-will-not-regret-later things? 
Hehehe... Whaaaaaaaaaaat?


Maybe the pace is too fast, you just won't last.

However, you are able to plan your future time even you are poor at definite calculation. Let's use our lifetime wisely. At the end of the day, it's your choice....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...