Gelung dalam dimensi masa.
Sambungan dari Can We Travel Through Time? (II) daripada buku - The Big Questions: Physics
Kembali ke Masa Lalu
"It's possible in these worlds to travel into any region of the past, present and future, and back again, exactly it is possible in other worlds to travel to distant parts of space."
Kurt Gödel, 1949
Gelung dalam masa tidak wujud secara semulajadi kerana pergerakan pelbagai galaksi yang menunjukkan bahawa alam semesta ini tidak berputar/berpusing. Kalau nak cipta mesin masa yang berguna, gelung dalam masa perlulah dibina terlebih dahulu (macam ilustrasi kat atas sekali dalam entri ini).
Ada idea?
Ya. Ada beberapa idea telah diilhamkan dan ada yang diusahakan untuk menyempurnakan penciptaan gegelung tu. Usaha pertama telah dilakukan dalam tahun 1976, apabila Frank Tipler dari Tulane University di New Orleands, Lousiana menghasilkan cetakan biru untuk sebuah mesin masa. Tipler menunjukkan bahawa silinder yang terlampau besar, berputar dengan laju dan mempunyai kepanjangan infiniti mampu membengkokkan fabrik alam semesta untuk membentuk satu gelung dalam dimensi masa.
H.G. Wells pernah mengatakan dalam novel The Time Machine:
"If you can handle ideas such as infinitely long rotating cylinders the size of galaxies,wormholes held open with exotic forms of negative energy, and having to choose between never having been born or losing you free will, then you might just be able to handle the science of time travel."
Ok. Translate ke bahasa melayu bagi senang faham:
"Jika anda boleh menerima idea seperti silinder yang bersaiz sebesar galaksi, panjang yang tak berkesudahan, lubang-lubang antara ruang angkasa dengan tenaga negatif yang luar biasa, dan mempunyai pilihan untuk tidak dilahirkan atau hilang kebebasan memilih, maka anda mampu menerima sains pengembaraan masa."
Nanti dulu. Kita boleh baca tetapi jangan mudah percaya selagi tak jumpa kata putus.
Jom kembali semula pada idea Tipler. Wells tak dapat bayangkan idea tersebut menjadi realiti:
Pengembara Masa beliau membina sebuah mesin masa yang memenuhi ruang rumahnya. Macam mana pula dengan silinder mempunyai panjang infiniti, bersaiz terlampau besar, yang tak muat pun dalam mana-mana kilang?
Terdapat pilihan lain: guna mesin masa dalam keadaan yang telah wujud secara semulajadi.
Dalam tahun 1991, ahli astrofizik dari Princeton, J. Richard Gott menjelaskan bahawa alam semesta ini terdapat bahan yang mampu bertindak sebagai bahan asas untuk sebuah mesin masa.
Bahan tersebut ialah rentetan kosmik iaitu tali yang berketumpatan super.
Simulasi rangkaian tali kosmik. Googled.
Berdasarkan beberapa teori tentang bagaimana alam semesta itu terbentuk, rangkaian tali kosmik mungkin terjadi pada saat terawal kejadian alam, dan masih berlegar sekitar alam semesta sekarang. Ia pada dasarnya merupakan 'kecacatan' dalam ruang angkasa, sesuatu seperti tisu parut yang telah terbentuk apabila alam semesta melalui tempoh perubahan yang pantas. Tali kosmik digambarkan sesuatu yang menggerunkan; walaupun lebarnya adalah kurang daripada diameter nukleus atom, ia mampu memanjang dan melintasi alam semesta.
Ketumpatan yang ekstrim bagi setiap tali kosmik membengkokkan ruang-masa dalam cara yang membolehkan anda mencipta satu gelung dalam masa (a loop in time) dengan meletakkan fabrik ruang angkasa-masa side-by-side, kemudian digerakkan berjauhan antara satu sama lain secara pantas. Jika anda mengembara dalam gelung sekitar rentetan kosmik ini, setiap kali anda kembali semula ke tempat permulaan, anda akan dapati diri anda berada di peristiwa yang telah anda lalui.
Gott membandingkannya pula dengan lukisan Escher. Seperti perspektif membengkok oleh Escher untuk mencipta kesan geometri yang mustahil, tali-tali kosmik membengkokkan geometri ruang angkasa-masa sekeliling tali-tali tersebut agar tidak lagi mematuhi peraturan - peraturan alam yang biasa.
Laluan pintas melalui lubang cacing. Eh, wormhole tu lubang cacing kan?
Kesan yang sama juga dapat dicapai dengan menembak partikel-partikel bertenaga super ke arah satu sama lain supaya partikel-partikel tersebut tersasar oleh jarak yang sangat kecil. Tenaga partikel-partikel itu akan membengkokkan ruang-masa sekeliling setiap partikel, dan apabila lengkungan ruang angkasa-masa bertemu, satu gelung dalam masa akan mampu terjadi.
Tapi ini bukan satu gelung yang anda boleh masuk dan berjalan-jalan...;)
p/s: warning>>>>>ayat skema.
No comments:
Post a Comment