Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Tuesday, 19 July 2011

Monolog lagi: Searching for the answer.

Salam,


Ketika rasa tak tenteram, sedih, atau gundah-gulana....

Allah berfirman yang bermaksud:" Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 
(Surah ar-Ra'd, ayat 28)




Ketika ingin melakukan sesuatu. Ingatlah, semua akan ditanya.


Nabi saw. bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat nanti sehingga ditanya tentang empat perkara: 1. Tentang umurnya, kemana dia habiskan?   2. Tentang masa mudanya, kemana dia pergunakan?   3. Tentang hartanya, dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan?   4. Tentang ilmunya, apa yang dia lakukan dengan ilmu tersebut? 
(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)




p/s: antara rujukan ketika menemui jalan buntu.


Thursday, 9 June 2011

Bicara Tentang Hati....

Salam.

Setelah berpuluh tahun hidup di dunia ini, pelbagai hati budi yang telah saya kenali. Pahit atau manis, yang penting pengajaran yang diambil daripada pengalaman tu.



'Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.'



Itulah mutiara kata yang saya pegang sejak dari zaman sekolah rendah lagi...





Petua jaga hati? 

1. Sentiasa ingat Tuhan... Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati kita. Rajin-rajinkan lah berdoa pada Tuhan agar hati kita dilimpahi dengan kasih-sayang dan perkara-perkara positif serta dijauhi dari sifat-sifat buruk.

2. Ikhlas dan jujur dalam hidup, dengan sesiapa sahaja. Ini sangat penting. 

3. Belajarlah bertenang, bersabar dalam setiap perkara. Sabar tu pahit pada awalnya, tapi manis pada  akhirnya. 

4. Jaga mata, jaga pendengaran, jaga perbuatan. InsyaAllah, hati pun terjaga.

a.k.a muhasabah diri, jom!



p/s: Itu sahaja coretan pada malam ini. Nak stay up siapkan tesis. 

catch me if you can, thesis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...