Saturday, 30 July 2011

Persiapan Ramadhan 2011, 1432 H

Ramadhan bakal menjelma tak sampai 2 hari lagi. Saya ada terbaca sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama supaya kita (termasukler saya) boleh memperbaiki kekurangan diri dan mendisiplinkan diri.


Oh... disiplin. Me? Selepas zaman matrikulasi berakhir, perangai macam baru bebas dari penjara. Memang xde 'bakat' lah bab2 disiplin nie.
.....-_-"



Jadi, simpan ni untuk diri sendiri, terutamanya.

*************


Tanda-tanda awal kesolehan seseorang:


1. Solat di awal waktu.

2. Kalau mendengar nasihat, segera menerimanya.

3. Kalau bicara & bersikap, tampak rendah hati.

4. Senangnya belajar pada sesiapapun.

5. Dengan sabar menyimak lawan bicara yang awam.

6. Selalu mengambil HIKMAH dari semua peristiwa yang dialami & semua peristiwa terjadi.

7. Semangat pada kebaikan.

8. Bicaranya menyenangkan.

9. Pemaaf.

10. KESIBUKANNYA MEMPERBAIKI DIRI TIDAK TERTARIK MEMBICARAKAN APALAGI MENCARI AIB ORANG LAIN (QS11:88) 



Rasulullah mengajarkan doa "sayyidul istighfar" yang tidak tertolak bagi pemohon yang tulus,

"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau menciptakanku & aku adalah hambaMu, aku berusaha memnuhi tekad & janjiku untuk taat padaMu semampuku, aku berlindung padaMu dari keburukan perbuatanku, aku mengaku semua nikmatMu, aku juga mengakui banyak dosaku, maka AMPUNILAH aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku selain Engkau"




sumber: Ustaz Muhammad Arifin Ilham

Kisah Lima Perkara Aneh Diceritakan oleh Abu Laits









Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."



Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba...

Bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.



Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.



Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."



Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.



Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."



Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."











Artikel ni diambil dari hasrulhassan.com. Semoga bermanfaat untuk diri ini dan juga para pembaca..




Tak boleh tido.

Hmm...
Dok risau pasal program software matlab yang baru berapa kerat taip, ade lagi seblas program nak disiapkan.

Due date: Hujung minggu nie.



Apa yang dibuat kat depan komputer tiap-tiap hari sepanjang minggu nie?



1. log in FaceBook.
   Lebih kerap daripada check e-mail.


2. Check e-mail. E-mail yahoo 1, E-mail yahoo 2.  E-mail gmail.
    Banyaknye e-mail, pastu nak terlupa password sendiri.
    Rasa macam menyesal buat e-mail banyak-banyak masa zaman sekolah dulu.


3. Baca blog orang lain.
    Citer lawak, gambar-gambar pemandangan, citer keluhan. Citer perli.? Mmm...  Layan Zaaasss.


4. Baca artikel yang best.
    Yang nie memang rare, dari sudut positif la...  



5. Tengok movie dapat dari kawan sambil makan-makan. 
    Habis masa 2 setengah jam.


6. Tengok video kelakar kat youtube.
    Upload lah lagi video kelakar.... upload lah lagi...


7. Baca status update orang lain kat FaceBook.
   Status:
              A        aq tgh sakit perut...
              B        nak wat ape ek ptg nie~~~
              C       jom menabung dari sekarang, leh beli cincin berharga 24 juta!
                        .............-_-"
              D       menuju cintaNya...~ (status budak tudung labuh)
              E       I'm at restoran kentaki.
              F       *Letak kata-kata pujangga di sini.


Ya ALLAH. Serius sedang membuang masa secara sistematik nie.

8. Taip dua tiga patah perkataan atau salin nombor-nombor dalam MATLAB.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Teruskan usaha.

Supervisor pasti akan patah hati.

Hihi...






Wednesday, 27 July 2011

Can We Travel Through Time? (II).




I wanna use MANGLISH (Bahasa Melayu + English). >>BEWARE<<


Salam,

Selitan jap.
Baru lepas baca entri Ben Ashaari yang nie --> http://www.benashaari.com/2011/07/aku-tertipu-dek-blogger-ni.html. To be cautious, I just use Hannah as my pen name untuk kekal low profile se-possible yang boleh... Anyway, only the same 1 author (which is me) for all entries in this blog. So, no worries...^^

v
v
v
v
v
v
v
v


My fav science fiction movie. hehe...


Pernah tengok cerita ni tak? Back to the future....... Cerita ni lah yang memberi inspirasi pada saya untuk tahu secara realiti, betul ke kita semua leh travel backwards/forwards in time? I've read a section regarding this topic, in a book entitled 'The Big Questions: Physics' by Michael Brooks. Ada ayat yang menarik perhatian untuk meneruskan pembacaan pasal topik ni:


"If you can handle ideas such as infinitely long rotating cylinders the size of galaxies, wormholes held open with exotic forms of negative energy, and having to choose between never having been born or losing you free will, then you might just be able to handle the science of time travel."


The theory that made such time travel theoretically possible was published in 1916 (this book stated it was published in 1915), by Albert Einstein.
Teori ni agak glamour juga... General theory of relativity.



mmm...serius tak faham.



Teori ni adalah expansion dari teori Einstein yang dinamakan sebagai Special Theory of Relativity (yang E = mc2 tu…). Difahamkan bahawa teori ni menyatakan alam semesta sebagai fabrik 4 dimensi yang terdiri daripada 3  dimensi space, 1 lagi dimensi masa. Setiap jirim dan tenaga dalam alam semesta ni 'membengkokkan' fabrik tersebut, seterusnya mengubah bentuk jirim dan tenaga untuk mengalami daya tarikan yang kita semua panggil - graviti. Matahari pulak dicipta sebagai a kind of well dalam fabrik tu, di mana planet2 lain akan 'jatuh' ke situ, jika bukan kerana tiada lagi momentum masing2. Jadi, disebabkan daya tarikan + momentum masing2, planet2 pun secara semulajadi mengelilingi matahari.... 
(In Islam, we called this event as sunnatullah).




gambar hiasan...


Gelung dalam masa?



Let's imagine, you can rolling up a sheet of rubber so that the ends meet just like a loop and you can walk around the surface without ever reaching an endpoint. Macam tu lah juga general relativity  yang membenarkan loops in time untuk berlaku.

Ada seorang sahabat rapat dan rakan sekerja Einstein, iaitu ahli matematik dari Austria, Kurt Gödel yang telah tolong menyelesaikan equations teori tersebut dan menemui bahawa, jika alam semesta boleh rotate, masa boleh berlalu dalam gelungan. Dalam satu artikel review, dia telah menulis seperti di bawah:

" It is possible in these worlds to travel into any region of the past, present and future, and back again, exactly as it is possible in other worlds to travel to distant pasts of space."


Einstein juga terfikir dengan kebarangkalian tersebut, dan mempunyai pandangan yang sama: sesuatu mesti memberhentikan perkara-perkara tu daripada berlaku. Alam semesta memang pasti tidak boleh dibenarkan untuk sesiapa pun mengembara melalui masa. 

















Saturday, 23 July 2011

Hakuna Matata~



Hakuna Matata = no worries.



so...


:)


Terjumpa kata-kata inspirasi...


Bukan kerana hari ini INDAH, kita BAHAGIA
tapi kerana kita BAHAGIA, hari ini menjadi INDAH
bukan kerana tidak ada RINTANGAN, kita menjadi SABAR
tapi kerana kita SABAR, RINTANGAN menjadi mudah
bukan kerana MUDAH, kita YAKIN
tapi kerana kita YAKIN semuanya menjadi MUDAH
bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM
tapi kerana kita TERSENYUM semuanya menjadi BAIK



Semangat 5S:

 Senyum, Sabar, Syukur, Sedekah dan Sembahyang...






p/s: Can we travel through time? - akan disambung tidak lama lagi...


Thursday, 21 July 2011

Sea Savior, Robot Pelayan & Sut Sepak Takraw

Salam,


Ini gambar-gambar yang sempat diambil di PRPi 2011. Jom tengok... 

p/s: sorry for the blurry pics...


Antara yang menarik perhatian saya. ;)


Penyelesaian untuk laut tercemar oleh tumpahan minyak. Sampel air laut mengalir dari chamber 1 hingga 4 melalui coconut husk dan rambut manusia. 

Ciptaan oleh student2 Maktab Rendah Sains Mara Kuantan. Bersungguh-sungguh betul diorang explain... hehe


Diorang claimed, rambut haiwan tak boleh digunakan untuk penyelidikan ni sebab rambut haiwan ada penebat yang tak dapat absorb oil. Jadi rambut manusia lah paling sesuai dan senang dapat kat kedai gunting rambut...... Ohho..

Anyway, good job! 




Maximum Protection Suit untuk pemain sepak takraw. Wahh...  Macam suit renang.



Cara-cara nak pakai pun ada. Mesra pengguna kan?


Robot pelayan. Excited diorang! Hehe...
Robot ini akan meninggi atau memendek ikut orang  yang betul2 depan robot ni.  Kreatif ...  Boleh diperbaharui lagi. :))


Tak rugi pergi PRPi ni... Next year ada lagi. Semua orang boleh datang melawat...:)











Tuesday, 19 July 2011

Monolog lagi: Searching for the answer.

Salam,


Ketika rasa tak tenteram, sedih, atau gundah-gulana....

Allah berfirman yang bermaksud:" Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 
(Surah ar-Ra'd, ayat 28)




Ketika ingin melakukan sesuatu. Ingatlah, semua akan ditanya.


Nabi saw. bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat nanti sehingga ditanya tentang empat perkara: 1. Tentang umurnya, kemana dia habiskan?   2. Tentang masa mudanya, kemana dia pergunakan?   3. Tentang hartanya, dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan?   4. Tentang ilmunya, apa yang dia lakukan dengan ilmu tersebut? 
(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)




p/s: antara rujukan ketika menemui jalan buntu.


Hanya monolog.

Salam,


Baru lepas pergi ke PRPI 2011. Secara jujurnya, tempat ini bukan favourite saya untuk bertandang lama2... Tapi saya belajar sesuatu yang yang sangat berharga. Macam mana supervisor saya present poster-posternya... dan macam mana beliau yakinkan para hakim yang mendengar. Ohh.. Sangat bagus dan meyakinkan. Tak hairanlah setiap kali PRPI, beliau tak pernah gagal daripada mendapat apa-apa pingat. Alhamdulillah, ada peluang lagi nak belajar daripadanya. :))





Mini PRPI pun ada, dari sekolah menengah sains, sek. men. teknik, sek. men. vokasional. Antara ciptaan yang menarik daripada diorang - menapis air berminyak menggunakan rambut manusia dan hampas kelapa. Pelikkk... tapi hasilnya -> mengkagumkan!


Esok dan lusa harus pergi lagi. Banyak ciptaan menarik di situ..




Wednesday, 13 July 2011

Can We Travel Through Time?




Time Travel Cheat Sheet. Goggled.






Where relativity meets science fiction...

in 


The Big Questions: Physics


Ready to go through this interesting topic................ 

  • Loops in time

  • Return to the past

  • Into the wormhole



  • Short cut through time

  • Protecting the flow of time

  • To the future



To be continued...





Tuesday, 5 July 2011

KARNIVAL SUKAN MASUM 2011, CHESS. The results!

Salam,


Haih... Team UPSI, UM dan UIA memang kuat. Rather play and lose to strong players to gain experience and learn more.. than win over weak players and learn nothing - my lecturer said this.

A harsh quote, isn't it? ;)



Karnival Sukan MASUM 2011
Catur Berpasukan Lelaki

Final Ranking

Rank
Team
Game
+
=
-
Pts.
MP
1
Universiti Islam Antarabangsa
7
4
3
0
19½
11
2
Universiti Malaya
7
5
1
1
19
11
3
Universiti Kebangsaan Malaysia
7
5
0
2
16½
10
4
Universiti Sains Malaysia
7
4
1
2
16½
9
5
Universiti Putra Malaysia
7
2
3
2
15½
7
6
Universiti Teknologi Malaysia
7
3
2
2
15
8
7
Universiti Teknologi MARA
7
4
1
2
14½
9
8
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
7
3
2
2
14½
8
9
Universiti Malaysia Pahang
7
3
1
3
13½
7
10
Universiti Utara Malaysia
7
3
0
4
13½
6
11
Universiti Sultan Zainal Abidin
7
3
0
4
11
6
12
Universiti Pendidikan Sultan Idris
7
2
0
5
8
4
13
Universiti Teknikal Malaysia
7
1
0
6
5
2



Karnival Sukan MASUM 2011
Catur Berpasukan Wanita

Final Ranking

Rank
Team
Game
+
=
-
Pts.
MP
1
Universiti Pendidikan Sultan Idris
7
6
0
1
21
12
2
Universiti Malaya
7
5
1
1
19½
11
3
Universiti Islam Antarabangsa
7
5
1
1
18
11
4
Universiti Kebangsaan Malaysia
7
3
1
3
17½
7
5
Universiti Teknologi MARA
7
4
1
2
15½
9
6
Universiti Malaysia Pahang
7
4
1
2
15
9
7
Universiti Putra Malaysia
7
2
1
4
14
5
8
Universiti Teknologi Malaysia
7
1
1
5
3
9
Universiti Utara Malaysia
7
1
0
6
7
2
10
Universiti Sultan Zainal Abidin
7
0
1
6
5
1

+        Berapa kali menang
-         Jumlah kalah
=        Berapa kali seri.
Pts.    Game Point
MP     Match Point





Hmm... I love playing chess. :) This is one of my interest. 




BEsar kot chess nie. Cadangan ~ main di halaman rumah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...