Tuesday 13 December 2011

Gerhana bulan penuh, 10 Disember 2011




Kali ni, Gerhana Bulan Penuh dapat disaksikan di Malaysia bagi 10 Disember 2011 dan keseluruhan Malaysia berpeluang melihat fasa penuh gerhana dari awal hingga akhir.

Kat seluruh dunia, kat kawasan mana yea yang boleh tengok fenomena gerhana 10 Disember hari tu?
Jom tengok gambar kat bawah...



Ok, kawasan Asia Tenggara termasuk kat kawasan yang dapat nampak fasa gerhana bulan sepenuhnya. :)
credit to F. Espenak, NASA’s GSFC http://eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html


Fasa gerhana telah bermula pukul 7.31 malam, masuk ke kawasan umbra sekitar jam 8:30 malam. Bulan akan berada pada fasa gerhana bulan penuh pada 10.05 malam hingga pukul 10.57 malam. Kemudian akan keluar daripada kawasan umbra pada jam 12.18 malam.



Ada beberapa gambar menarik yang diambil ketika cerapan di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Thanks to Malaysia Lunar Eclipse. :)


Klik untuk tumbesaran.

































































************
Extra info!
Copy paste daripada falak online. Hehe.... Tapi ini benar-benar fakta, bukan auta tau! 



Fakta Menarik Gerhana.


1. Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia,Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.

2. Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari).

3. Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Oktober 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan seterusnya yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 April 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

4. Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!

5. Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya).

Bilakah ketika hendak melihat warna tersebut? Cuba tinjau-tinjau beberapa minit sebelum fasa gerhana penuh bermula, dan juga beberapa minit selepas fasa gerhana penuh tamat.

Foto oleh Eva Seidenfaden di Trier, Germany (4 Mac 2007).


6. Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula!

Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan. Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!

Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan.


 Gerhana matahari yang dilihat DARI bulan. Credit and copyright: Hana Gartstein.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...