Thursday, 9 June 2011

Bicara Tentang Hati....

Salam.

Setelah berpuluh tahun hidup di dunia ini, pelbagai hati budi yang telah saya kenali. Pahit atau manis, yang penting pengajaran yang diambil daripada pengalaman tu.



'Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.'



Itulah mutiara kata yang saya pegang sejak dari zaman sekolah rendah lagi...





Petua jaga hati? 

1. Sentiasa ingat Tuhan... Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati kita. Rajin-rajinkan lah berdoa pada Tuhan agar hati kita dilimpahi dengan kasih-sayang dan perkara-perkara positif serta dijauhi dari sifat-sifat buruk.

2. Ikhlas dan jujur dalam hidup, dengan sesiapa sahaja. Ini sangat penting. 

3. Belajarlah bertenang, bersabar dalam setiap perkara. Sabar tu pahit pada awalnya, tapi manis pada  akhirnya. 

4. Jaga mata, jaga pendengaran, jaga perbuatan. InsyaAllah, hati pun terjaga.

a.k.a muhasabah diri, jom!



p/s: Itu sahaja coretan pada malam ini. Nak stay up siapkan tesis. 

catch me if you can, thesis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...