Saturday, 17 September 2011

Sabtu Malaysia?

Sabtu di rumah.


Baru lepas membaca entri tentang Nasi Lemak 2.0 daripada seorang kawan (berbangsa baba/cina & beragama kristian). Antara pendapatnya adalah tentang racism, azan, pengalaman bermalam di rumah kawan kitorang (melayu) dan patriotism yang ada dalam dirinya.



Saya menghormati pendapat dan cara penulisannya yang teliti. He's so precious. Saya berdoa agar dia mendapat cahaya petujuk dan hidayah dari Tuhan yang Maha Esa kerana hanya Dia lah yang Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa.



Hmm.. Kita sebagai manusia tak sepatutnya mengkritik kaum lain, tetapi:

  • berkongsi nilai-nilai murni yang ada dalam setiap kaum (yang baik dijadikan tauladan.... dan yang buruk dijadikan sempadan :) ) 
  • menghormati antara satu sama lain. 


Saya tak setuju jika keunikan atau identiti sesuatu kaum dihapuskan terus. I believe that everybody is unique.
Tuhan menjadikan manusia pelbagai bangsa agar berkenalan antara satu sama lain.


Laungan Azan.

Pendapat peribadi:   Bagi orang yang tak memahami maksud kata-kata azan, apa yang didengari hanyalah suara lunak/sumbang, bising atau mengganggu konsentrasi aktiviti je....
Tetapi bagi yang betul-betul mengetahui dan menghayati maksud azan, pasti ada getaran dan ketenangan yang dirasai dalam hati. Mungkin itulah hidayah....

Dalam Islam, melaungkan azan adalah sunat muakad (iaitu sunat yang sangat digalakkan) untuk semua solat fardhu.


Itu sahaja coretan dalam entri ini.


******


Nak kongsi video Made by Malaysians oleh Matluthfi. ;)





2 comments:

anumuchan said...

suka video matlutfii.terbaik..huhu..mmg ada kt wyg ke cite nasi lemak tu?

meyda said...

a'ah.. baru keluar citer Nasi Lemak 2.0 tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...