Thursday, 6 October 2011
Dear diary. *Tetiba
Dear diary.
Ke hadapan blog yang dirindui. Eh, eh..
Mari berjiwang sebentar.
*******
Rasa macam nak buat entri komposer hari nie. Hehhe...
Lagu favorite saya masa zaman kanak-kanak riang. Lagu lama tapi ceria!
Kasih bila air mata
Jatuh berderai membasah pipi
Katakanlah padaku
Sebelum mengering
ku hapus lukamu
Kasih janganlah bersedih
Bila impian tak seindah kenyataan
Cinta tak kan terwujud
Dengan air mata
Tanpa pengorbanan
dan biarlah cinta kasih kita
Bersemi sepanjang hari
Secerah matahari yang bersinar
Hidup pun akan terasa lebih hidup
Ok, dah. Rehat-rehat jap........
:)
p/s: Oh, joging. Mesti buat hari ni.
Tuesday, 4 October 2011
Orang Tersayang...
| Entri di malam hari. Suka tengok bulan pada waktu malam.... |
Siapakah orang yang Allah cintai?
- Orang yang bertaqwa.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa." (Surah al-Taubah, 9: 4)
- Orang yang cepat-cepat bertaubat.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah, 2: 222)
- Orang yang adil.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, 60: 8)
- Orang yang bertawakal.
Allah berfirman yang bermaksud:" Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali 'Imran, 3: 159)
- Orang yang berbuat kebaikan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah, 2: 195)
- Orang yang berjuang pada jalan Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61: 4)
Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Surah Ali - 'Imran, 3: 31)
Sumber: Solusi Isu #23
p.s: TV Al-Hijrah ada diselitkan (macam iklan) dengan pengetahuan sunnah Rasulullah s.a.w... Sebenarnya, banyak yang kita tak tau rupa-rupanya itulah sunnah Nabi s.a.w..
Saturday, 1 October 2011
Can We Travel Through Time? IV.
The Big Questions: Physics.
Question: Can We Travel Through Time?
Catatan lepas - I, II, III.........
Ada satu idea yang lebih menarik tentang pengembaraan melalui masa - 'wormhole time machine' dicadangkan dan digambarkan oleh Kip Thorne, ahli astrofizik dari Amerika.
Ke dalam Lubang Cacing
Lubang cacing atau wormhole... Bagi yang minat cerita fiksyen sains, pasti pernah dengar tentang wormhole. Ironiknya, idea tentang kaedah pengembaraan masa melalui lubang cacing alam semesta sememangnya hasil daripada inspirasi cerita fiksyen sains, walaupun para penyelidik telah membuat kajian tak terkira jam lamanya.
Just a postulation... a time travel through a wormhole.
Apabila ahli kosmologi bernama Carl Sagan menulis novel Contact, dia ingin mencari cara munasabah untuk menghantar heroinnya ke Vega, satu bintang sejauh 26 tahun cahaya. Sagan pun tanya pendapat Thorne, dan Thorne mencari penyelesaiannya. Dia telah menjumpai penyelesaian tersebut dalam satu artikel yang telah ditulis oleh Einstein dan Nathan Rosen pada 1935.
![]() |
A'ah... Nie memang artikel daripada Einstein dan pelajar-pelajar beliau pada 1935. Tapi takde kaitan dengan wormhole. Hihi.... |
Mereka telah menyelesaikan masalah tentang lubang hitam, iaitu saki-baki bintang-bintang yang telah runtuh di bawah graviti masing-masing. Pada teras lubang hitam tersebut, terdapat suatu ketunggalan (baca: ketumpatan infiniti), suatu gangguan dalam waktu dan angkasa lepas. Einstein dan Rosen telah berimaginasi tentang teras tengah lubang hitam yang bersambung dengan bahagian ruang angkasa-masa yang lain. Situasi ini dinamakan jambatan Einstein-Rosen. Tidak lama kemudian, Thorne telah menyedari bahawa mungkin inilah jawapan yang Sagan perlukan.
![]() |
Abstrak artikel tentang jambatan Einstein-Rosen.... |
Andaikan... anda merupakan seorang jurutera keretapi yang sedang mencuba untuk meletakkan landasan ke sisi bukit yang bertentangan. Anda boleh meletakkannya berterusan ke atas bukit dan turun sampai ke tempat tersebut. Tapi, kalau ada terowong melalui bukit itu, laluan akan menjadi lebih mudah dan lebih cepat.
Ini adalah kerana masa dan ruang angkasa sangat berkait rapat dalam relativiti (ahli-ahli fizik meletakkan masa dan ruang bersama-sama dan memperkatakan fabrik alam semesta sebagai 'waktu angkasa lepas'), anda mungkin boleh melakukannya kepada masa sepertimana jurutera-jurutera keretapi telah buat untuk ruang: anda mungkin mampu untuk membina satu jalan pintas.
p/s: semakin medalami ilmu, semakin sedar bahawa makhluk tiada kuasa, Tuhan Maha Kuasa....
Subscribe to:
Posts (Atom)


