Sunday 19 June 2011

AYAH, JASAMU ABADI DI HATI INI

Salam,


Saya curi masa untuk update blog saya... Bagus segmen ini, sebab dapat juga muhasabah diri, bagaimanakah  kita melayan ayah selama ini setelah banyak jasa telah diberikan olehnya?

Saya sertai lagi segmen dari website Ben Ashaari sempena hari Bapa 2011.. Klik <sini> untuk info selanjutnya. Sebagai syarat, letak header BenAshaari.com:







Ayah saya dah banyak didik saya dari segi agama, nilai-nilai sivik, dan yang paling penting sekali macam mana nak survive kat dunia yang caca merba nie. Saya ingat lagi masa kecil, sekolah rendah... Masa tu saya darjah 3. Kalau tak silap lah... Kena buat alat pukul ping pong tu. Huhu... Manalah saya reti tukul menukul.... Ayahlah yang banyak membantu, siap buat raket (sori, saya tak tau nak panggil ape... fail. :p) lain dari yang lain gitu... Cikgu puji, sebab hasilnya unik. Terima kasih, ayah...



Ada lagi satu, masa darjah empat. Kena beli sempoa. Masa tu family kitorang susah... Nak bayar yuran sekolah pun tak termampu. Jadi, ayah pun buatkan sempoa daripada barangan terpakai dan inilah hasilnya...




dah 17 tahun sempoa nie... Kreatif tak hasil ciptaan ayah saya?
Ayah kata dulu, cuma ada satu je  kat dalam Malaysia ini.



Gembira dan sedih. Gembira sebab pembelajaran mengira menggunakan sempoa berjalan dengan lancar. Sedih sebab sedar bahawa ayah sangat sayangkan saya dan sanggup mengusahakan untuk mendapatkan keperluan walaupun terpaksa bersusah-payah dan merendahkan diri. Zaman kecik-kecik dulu memang kami tergolong orang yang susah..


Ayah jugalah yang ajar kami adik-beradik mengaji dari alif, ba, ta sampai surah terakhir.. iaitu surah Al-Ikhlas. Suruh hafal ayat kursi... yang paling segar dalam ingatan, diajar hafal ayat-ayat terakhir surah Al-Baqarah sebagai doa tahlil. Ayah kata, bila dia meninggal nanti, bacalah doa nie... Jangan lupa hadiahkan mak ayah dengan doa-doa dan ayat-ayat Quran selalu. Itu pesan ayah..


Untung juga ayah seorang yang pandai bertukang dan pandai membaiki peralatan elektrik atau masalah wiring di rumah. Renovate rumah, masa saya sekolah menengah dulu pun ayah (dan pakcik) buat. Huhu... Memasak? Ayah pun suka memasak... Resepinya unik berdasarkan apa je yang ada kat rumah (f.y.i.: mak suka masak pedas2, ayah suka masakan manis2). Jadi, alhamdulillah, dua jenis resipi dapat saya belajar sepanjang hidup ini. 


Akhlak, ibadah, ilmu hayat, fizik dan mana-mana ilmu yang ayah saya masih ingat, dia pasti sampaikan pada kami adik-beradik... Jasa-jasa yang saya bagitau kat sini mungkin dipandang biasa, tapi apabila jasa-jasa ayah ini diberikan kepada anak-anaknya dengan kerap sekali, ini adalah jasa terbesar dalam mencorakkan hidup saya dan adik-beradik...


Syukur pada Tuhan yang Maha Penyayang, kerana mengurniakan ayah yang baik pada kami sekeluarga.







Ayah, selamat hari ayah.... Selamat hari bapa juga buat semua yang bergelar bapa. Semoga hidup mereka diberkati Allah s.w.t.



Semoga hidup ayah sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Amin.






7 comments:

SYARIFF HAIKAL said...

SAYUUUUUUU....HARGAI MRK YG KTE SYG.

SoLy SoLicious said...

singgah dr segmen abg ben..
dtg bace kisah ayah kamu :)
bestnye ayah awak..ayh sy xpenah buat sempoa...di yg tolong kira tuk sy..heee

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

saya dah bc:)
kasih ayah memang tiada bandingannye:)

meyda said...

lulu: thanks kerana membaca... harap memberi manfaat...

haikal: betul tu..

SoLy SoLicious: hehe... tu pun ok juga. Boleh belajar mencongak dengan lebih baik.

anis: semoga berbahagia..:)

prince: selamat hari bapa juga buat bapa anda..

nadzirah k.: thanks.. :)

Amni said...

kadang saya tergerak.. amcam mana ayah2 sekarang ada yang sanggup buat anak amcam tah pape kan.. amcam2 keluar kat news paper.. sedangkan ayah dulu2 sentiasa nak kebaikan untuk anak-anaknya.. hemm....

selamat hari bapa untuk ayah kamud ear..=)

nurul atikah said...

kreatif nya ayah kamu dear!

Liza @ Adzriel AB said...

insyaallah kreativiti tu turun pd anaknya. dia mengajar anaknya agar menghargai setiap perkara. moga jadi anak yg soleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...