Monday, 31 October 2011

Cinta tanpa noda.






Cinta fitrah yang dipelihara kesuciannya akan berbuah barakah. Barakah itu mungkin di dunia, mungkin juga di akhirat. Lebih indah jika barakah itu ada pada kedua-duanya sekali, di dunia dan di akhirat.


Orang yang mempersiapkan diri dengan peribadi muslim insyaAllah akan dianugerahkan bait al-Muslim (rumah tangga Muslim). Orang yang berusaha menjadi soleh, insyaAllah akan dimudahkan Allah mendapat orang yang solehah.


Cinta yang barakah akan terus bersemarak indah dalam ikatan nikah. Ia melengkapkan separuh agama. Namun, andai tiada jodoh di dunia, cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk lazatnya "reda" pada ketentuanNya.


Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cintaNya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah. Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta.


Hiasi cinta fitrah dengan istighfar dan mujahadah, cinta fitrah akan tetap fitrah...



.
.
.
.
Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah 100 kali setiap hari." (Riwayat Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada 70 kali." (Riwayat al-Bukhari)









Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung,
yang tiada Tuhan melainkan Dia,
yang Hidup dan terus-menerus ada,
aku bertaubat kepadaNya.







Rujukan: Solusi #36.












Sunday, 30 October 2011

When I am alone













The soul that sees beauty may sometimes walk alone.
 - Johann Wolfgang von Goethe









Tuesday, 18 October 2011

:)



Entri sebelum tidur.



Budak comel nie muncul lagi..



"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan  selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung"
(At-Taubah, 9: 129) 




Tahniah kepada kawan-kawan yang konvo tahun nie... :) Kepada yang belum dapat konvo lagi, semoga berjaya sempurnakan bacelor/master/phd, insyaAllah.


Menuntut ilmu, jalannya berliku.




p.s: Allah kan ada...

p.s.i. love you. *eh?






Saturday, 15 October 2011

A lifetime class?









'ISLAM' is a 'School'
'DUNIA' is a 'Class'
'WE' are 'Student'
'QURAN' is 'Syllabus'
'SOLAT' is 'Practical'
'MUHAMMAD' (s.a.w) is 'teacher'
'ALLAH' is 'Examiner'
'Qiamat' is date of 'Result'
'Jannah' is the best 'reward'.




Copied from facebook iluvislam.com



p/s: berlatih senyumm banyak2 depan cermin... untuk hari esok. :))






Thursday, 6 October 2011

Dear diary. *Tetiba










Dear diary.

Ke hadapan blog yang dirindui. Eh, eh..
Mari berjiwang sebentar.

*******


Rasa macam nak buat entri komposer hari nie. Hehhe...

Lagu favorite saya masa zaman kanak-kanak riang. Lagu lama tapi ceria!





Kasih  bila  air  mata
Jatuh  berderai  membasah  pipi
Katakanlah  padaku
Sebelum  mengering
ku  hapus  lukamu
Kasih  janganlah  bersedih
Bila  impian  tak  seindah  kenyataan
Cinta  tak  kan  terwujud
Dengan  air  mata
Tanpa  pengorbanan
dan  biarlah  cinta kasih kita
Bersemi  sepanjang  hari
Secerah  matahari  yang  bersinar
Hidup  pun  akan  terasa  lebih  hidup




Ok, dah. Rehat-rehat jap........

:)



p/s: Oh, joging. Mesti buat hari ni.

Tuesday, 4 October 2011

Orang Tersayang...





Entri di malam hari.
Suka tengok bulan pada waktu malam.... 




Siapakah orang yang Allah cintai?



  • Orang yang bertaqwa. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa." (Surah al-Taubah, 9: 4)

  • Orang yang cepat-cepat bertaubat. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah, 2: 222)

  • Orang yang adil. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, 60: 8)

  • Orang yang bertawakal.  
Allah berfirman yang bermaksud:" Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali 'Imran, 3: 159)

  • Orang yang berbuat kebaikan.  
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah, 2: 195)

  • Orang yang berjuang pada jalan Allah. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61: 4)






Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. 
(Surah Ali - 'Imran, 3: 31) 






Sumber: Solusi Isu #23




p.s: TV Al-Hijrah ada diselitkan (macam iklan) dengan pengetahuan sunnah Rasulullah s.a.w... Sebenarnya, banyak yang kita tak tau rupa-rupanya itulah sunnah Nabi s.a.w.. 








Saturday, 1 October 2011

Can We Travel Through Time? IV.





The Big Questions: Physics.
Question: Can We Travel Through Time? 
Catatan lepas - I, II, III.........



Ada satu idea yang lebih menarik tentang pengembaraan melalui masa -  'wormhole time machine' dicadangkan dan digambarkan oleh Kip Thorne, ahli astrofizik dari Amerika.





Ke dalam Lubang Cacing



Lubang cacing atau wormhole... Bagi yang minat cerita fiksyen sains, pasti pernah dengar tentang wormhole. Ironiknya, idea tentang kaedah pengembaraan masa melalui lubang cacing alam semesta sememangnya hasil daripada inspirasi cerita fiksyen sains, walaupun para penyelidik telah membuat kajian tak terkira jam lamanya.





Just a postulation... a time travel through a wormhole. 






Apabila ahli kosmologi bernama Carl Sagan menulis novel Contact, dia ingin mencari cara munasabah untuk menghantar heroinnya ke Vega, satu bintang sejauh 26 tahun cahaya. Sagan pun tanya pendapat Thorne, dan Thorne mencari penyelesaiannya. Dia telah menjumpai penyelesaian tersebut dalam satu artikel yang telah ditulis oleh Einstein dan Nathan Rosen pada 1935. 







A'ah... Nie memang artikel daripada Einstein dan pelajar-pelajar beliau pada 1935.
Tapi takde kaitan dengan wormhole. Hihi....




Mereka telah menyelesaikan masalah tentang lubang hitam, iaitu saki-baki bintang-bintang yang telah runtuh di bawah graviti masing-masing. Pada teras lubang hitam tersebut, terdapat suatu ketunggalan (baca: ketumpatan infiniti), suatu gangguan dalam waktu dan angkasa lepas. Einstein dan Rosen telah berimaginasi tentang teras tengah lubang hitam yang bersambung dengan bahagian ruang angkasa-masa yang lain. Situasi ini dinamakan jambatan Einstein-Rosen. Tidak lama kemudian, Thorne telah menyedari bahawa mungkin inilah jawapan yang Sagan perlukan.






Abstrak artikel tentang jambatan Einstein-Rosen.... 


Andaikan... anda merupakan seorang jurutera keretapi yang sedang mencuba untuk meletakkan landasan ke sisi bukit yang bertentangan. Anda boleh meletakkannya berterusan ke atas bukit dan turun sampai ke tempat tersebut. Tapi, kalau ada terowong melalui bukit itu, laluan akan menjadi lebih mudah dan lebih cepat.


 Ini adalah kerana masa dan ruang angkasa sangat berkait rapat dalam relativiti (ahli-ahli fizik meletakkan masa dan ruang bersama-sama dan memperkatakan fabrik alam semesta sebagai 'waktu angkasa lepas'), anda mungkin boleh melakukannya kepada masa sepertimana jurutera-jurutera keretapi telah buat untuk ruang: anda mungkin mampu untuk membina satu jalan pintas. 






p/s: semakin medalami ilmu, semakin sedar bahawa makhluk tiada kuasa, Tuhan Maha Kuasa....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...