Saturday, 1 October 2011

Can We Travel Through Time? IV.





The Big Questions: Physics.
Question: Can We Travel Through Time? 
Catatan lepas - I, II, III.........



Ada satu idea yang lebih menarik tentang pengembaraan melalui masa -  'wormhole time machine' dicadangkan dan digambarkan oleh Kip Thorne, ahli astrofizik dari Amerika.





Ke dalam Lubang Cacing



Lubang cacing atau wormhole... Bagi yang minat cerita fiksyen sains, pasti pernah dengar tentang wormhole. Ironiknya, idea tentang kaedah pengembaraan masa melalui lubang cacing alam semesta sememangnya hasil daripada inspirasi cerita fiksyen sains, walaupun para penyelidik telah membuat kajian tak terkira jam lamanya.





Just a postulation... a time travel through a wormhole. 






Apabila ahli kosmologi bernama Carl Sagan menulis novel Contact, dia ingin mencari cara munasabah untuk menghantar heroinnya ke Vega, satu bintang sejauh 26 tahun cahaya. Sagan pun tanya pendapat Thorne, dan Thorne mencari penyelesaiannya. Dia telah menjumpai penyelesaian tersebut dalam satu artikel yang telah ditulis oleh Einstein dan Nathan Rosen pada 1935. 







A'ah... Nie memang artikel daripada Einstein dan pelajar-pelajar beliau pada 1935.
Tapi takde kaitan dengan wormhole. Hihi....




Mereka telah menyelesaikan masalah tentang lubang hitam, iaitu saki-baki bintang-bintang yang telah runtuh di bawah graviti masing-masing. Pada teras lubang hitam tersebut, terdapat suatu ketunggalan (baca: ketumpatan infiniti), suatu gangguan dalam waktu dan angkasa lepas. Einstein dan Rosen telah berimaginasi tentang teras tengah lubang hitam yang bersambung dengan bahagian ruang angkasa-masa yang lain. Situasi ini dinamakan jambatan Einstein-Rosen. Tidak lama kemudian, Thorne telah menyedari bahawa mungkin inilah jawapan yang Sagan perlukan.






Abstrak artikel tentang jambatan Einstein-Rosen.... 


Andaikan... anda merupakan seorang jurutera keretapi yang sedang mencuba untuk meletakkan landasan ke sisi bukit yang bertentangan. Anda boleh meletakkannya berterusan ke atas bukit dan turun sampai ke tempat tersebut. Tapi, kalau ada terowong melalui bukit itu, laluan akan menjadi lebih mudah dan lebih cepat.


 Ini adalah kerana masa dan ruang angkasa sangat berkait rapat dalam relativiti (ahli-ahli fizik meletakkan masa dan ruang bersama-sama dan memperkatakan fabrik alam semesta sebagai 'waktu angkasa lepas'), anda mungkin boleh melakukannya kepada masa sepertimana jurutera-jurutera keretapi telah buat untuk ruang: anda mungkin mampu untuk membina satu jalan pintas. 






p/s: semakin medalami ilmu, semakin sedar bahawa makhluk tiada kuasa, Tuhan Maha Kuasa....





2 comments:

依之汉 said...

Saya tertarik membaca tajuk ni. Sebenarnya manusia tak dapat pun pergi ke masa lepas. Buktinya mudah sahaja bagi saya - hari kiamat. Hari ini adalah hari terakhir bagi manusia di dunia. Lagipun kalau lihat betul-betul, mana ada sejarah kita telah pun berubah. Kalau dalam kisah-kisah nabi pun, tak pernah tercatit akan nabi yang boleh mengundurkan masa. Semua ini hanyalah kuasa Allah. Kita manusia ini memang kerdil.

Orang puteh ni memang saja nak kita berfikir bahawa Tuhan itu ada. Cuma mereka saja cuba memanupulasikannya dengan cara lain. :)

meyda said...

ya.. betul tu. Salah satu kesimpulan dalam persoalan Can We Travel Through Time setelah dikaji daripada pelbagai sudut dalam sains (fizik),

"It is travel to the past that is proving so difficult."




p/s: Betapa jauh atau dalamnya ilmu dan kajian terhadap sesuatu perkara, makin tinggi keyakinan seseorang tu betapa terhad dan sangat2 sedikit apa yang diketahuinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...